tentang kami

SIAPA KAMI?

Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2005 yang telah didaftarkan atas nama Signature Herbascience Enterprise. Pada awalnya, syarikat ini hanya memasarkan produk perlangsingan dan kesihatan yang berasaskan herba melalui beberapa kontrak pengilangan. Produk-produk ini dipasarkan keseluruh Malaysia dan Brunei.

 

 

Selain itu pada tahun 2008 syarikat mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelanggan, syarikat telah mengorak langkah ke bidang perkilangan. Ini bermakna syarikat telah memproses sendiri kesemua produk-produk kesihatan yang hendak dipasarkan. Melalui bantuan, khidmat nasihat, dan teknik-teknik memproses dari pihak MARDI.

 

 

Pada tahun 2009 syarikat telah berjaya beroperasi sepenuhnya dikompleks kilang Sme Bank Batu Pahat Johor. Bagi menunjukkan komitmen yang tinggi dan transformasi terhadap sektor perkilangan, syarikat telah menukar nama bagi memaparkan imej pengilangan.

 

 

Seterusnya tahun 2012, kilang beroperasi sepenuhnya dibawah nama Sherb Manufacturing. Kilang mula aktif menawarkan perkhidmatan memproses pelbagai jus dan makanan kesihatan berasakan herba. Bermula dengan hanya 1 jenama, kilang telah mula mendapat kepercayaan penuh bagi memproses pelbagai jenama dari pelbagai latar belakang syarikat. Kebanyakan pelanggan kilang adalah syarikat-syarikat trading yang memasarkan produk berasaskan kesihatan.

 

 

Kini 1 Disember 2014, syarikat telah mengorak langkah dengan menaik taraf syarikat dari enterprise ke sdn bhd dibawah nama syarikat Oem Brand Manufacturing Sdn Bhd. Di sini kami ada menawarkan pelbagai jenis produksi yang boleh dihasil daripada sumber herba dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, kami turut menyediakan beberapa pakej untuk pelanggan kami.